Tarikh Program : 11hb Disember 2022
Masa : 8.00 Pagi sehingga 5.00 Petang
Tempat Keraian : Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar
Lokasi Prosidur : Hospital UITM, Puncak Alam
Penyertaan : 40 kanak-kanak lelaki berumur 10 sehingga 12 tahun
Pengenalan Program : Projek ini merupakan program pertama Yayasan Qalifa setelah yayasan ini diluluskan., Program ini dirancang dilaksanakan pada waktu cuti sekolah. Procedur ini kebiasaannya dilakukan ketika kanak-kanak berumur 5 sehingga 12 tahun dan amat digalakkan ketika berumur 10 tahun kebawah bagi menghindari sifat malu dan mereka perlu bersih dari najis dan kotoran sebelum megerjakan solat 5 waktu . Ia selari dengan tuntutan islam yang menitik beratkan kebersihan didalam ibadah.
- Membantu golongan Asnaf dan kurang berkemampuan berkhatan secara percuma.
- Program ini menumpukan golongan pelajar dari keluarga Asnaf dan juga keluarga yang kurang berkemampuan untuk memenuhi tuntutan wajib bagi orang Islam.
- Sekolah Ren Kebangsaan Bukit Kapar telah dipilih untuk program ini.
- Sebanyak 40 orang murid akan menyertai program ini tumpuan dikalangan murid -murid berumur 11 sehingga 12 tahun.
Sekitar Majlis perasmian Program Khatan yang dianjurkan oleh Yayasan Qalifa dengan kerjasama Hospital Al Sultan Abdullah dan sekolah Kebangsaan Bukit Kapar. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar seramai 40 peserta telah didaftarkan untuk program ini yang terdiri daripada keluarga asnaf dan juga golongan yang kurang berkemampuan.. Terima kasih kepada para penyumbang semoga sumbangan anda semua menjadi saham di akhirat kelak.

















