Hari : Rabu (Hari Raya Ke 3)
Tarikh : 19.06.2024
Masa Jam : 8.00am
Tempat : Pejabat Yayasan Qalifa
Program ini dirancang dan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidil Adha . Pihak Yayasan komited didalam melaksanakan program ini demi memenuhi tanggungjawab sosial dan juga memenuhi visi dan misi kami.
Program ini menumpukan golongan Asnaf di sekitar kawasan Bukit Kapar. Pihak Yayasan telah membeli seekor lembu untuk program korban kali ini. Sebanyak 40 keluarga telah mendapat bahagian daging korban tersebut
Tempoh program ini adalah selama 1 hari sahaja. Bermula di Pejabat Yayasan Qalifa daging yang telah siap disembelih telah dilapah dan ditimbang pada sebelah tengah malam dan diteruskan pada keesokkan paginya untuk ditimbang , dibungkus seterusnya diedarkan kepada golongan asnaf disekitar kawasan Bukit Kapar. Program ini bermula dari pukul 9.30 pagi sehingga 3.00 petang
Alhamdulillah syukur dengan izinNya.. pihak yayasan dapat menyempurnakan ” Program Agihan Daging Korban Bersama Yayasan Qalifa ” pada 19.06.2024.
Proses melapah daging 2 ekor lembu dan membungkus di Pejabat Yayasan Qalifa di Bukit Kapar, sebahagian penerima sumbangan “Daging Korban” hadir untuk mengambil daging , program diteruskan dengan menghantar daging korban kepada penerima yang tidak dapat hadir . Agihan di laksanakan di Bukit Kapar.
Terima kasih kepada para penyumbang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebaikkan kepada anda semua. Semoga program ini akan berterusan setiap tahun.
























