Pengenalan Yayasan QALIFA

Inisiatif penubuhan yayasan ini adalah atas dasar kesedaran akan kasihkan Allah, Agama dan juga tanah air. Perlunya kesedaran dikalangan masyarakat mengenai nilai-nilai murni dan toleransi didalam membentuk masyarakat yang harmoni serta aman damai

PENDAHULUAN

Kasihkan kepada Allah, Agama dan tanah air mencetuskan rasa tanggungjawab didalam membentuk kesejahteraan dan pembentukkan masyarakat tidak kira apa latarbelakang dengan meningkatkan taraf hidup masyarakat dan belia yang kurang berkemampuan serta bermasaalah dengan menyediakan laluan bagi mereka untuk membina kerjaya serta keboleh-upayaan untuk menyara hidup secara mampan dan turut meningkatkan taraf kesihatan merekadisamping membentuk sahsiah memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni , keagamaan , kerohanian , pendidikan dan kebudayaan.

LATARBELAKANG

Inisiatif menubuhkan yayasan dengan nama Yayasan Qalifa adalah atas dasar kesedaran akan kasihkan Allah, Agama dan juga tanah air. Pengasas Yayasan Qalifa Encik Kasiran melihat perlunya kesedaran dikalangan masyarakat mengenai nilai - nilai murni, pembentukkan rohani, jasmani dan toleransi didalam membentuk masyarakat yang aman damai. Kebangkitan menbangunkan ekonomi serta keboleh-upayaan untuk menyara hidup serta kesedaran, pendedahan dan penerangan mengenai anasir-anasir perosak masyarakat seperti najis dadah, rasuah serta perkauman akan merosakkan generasi muda

Dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada, beliau berhasrat melihat setiap masyarakat hidup harmoni, aman damai serta generasi bakal menjadi pelapis kepada pemerintahan yang membawa negara kearah kegemilangan tamadun islam suatu ketika dulu

Beliau menyedari bahawa manfaat yang bakal dinikmati oleh masyarakat bila impian dan hasrat beliau dirialisasikan , beliau telah memulakan langkah dengan mengadakan beberapa aktiviti membantu golongan yang memerlukan.

VISI & MISI

Visi
Menjadikan Yayasan Qalifa sebagai organisasi profesional yang mampu mewujudkan fungsi, menjana idea serta sebagai platform kepada masyarakat dalam usahawan dan sukarelawan serta melahirkan generasi yang cintakan agama, bangsa dan negara.

Misi

Memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat serta kemajuan menerusi program ilmu dan perniagaan serta pemulihan akhlak yang baik dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama.

Mendidik masyarakat supaya dapat menghayati nilai-nilai keprihatinan dan penyayang, profesionalisme dan semangat kerja kemasyarakatan melalui aktiviti organisasi dan kesukarelawanan .

Menyediakan platform untuk melatih dan membimbing masyarakat supaya mereka dapat meningkatkan kualiti diri, berketrampilan dan daya kepimpinan melalui pembangunan insan secara bersepadu.