HARI KELUARGA & PROGRAM GUNTING RAMBUT SERTA PENYERAHAN BANTUAN BAKUL MAKANAN

Hari            : Sabtu
Tarikh         : 28.12.2024
Masa Jam : 8.00am
Tempat      : Pejabat Yayasan Qalifa & DER’SHAH BARBERSHOP

Alhamdulillah syukur dengan izinNya.. pihak yayasan dapat menyempurnakan ” PROGRAM GUNTING RAMBUT & PENYERAHAN BANTUAN BAKUL MAKANAN “ pada 28.12.2024.
Seramai 50 orang kanak-kanak telah dipilih untuk mendapatkan gunting rambut secara percuma. Program ini dianjurkan untuk meringankan sedikit bebanan ibubapa didalam perbelanjaan persediaan persekolahan untuk anak-anak mereka.
Terima kasih kepada para penyumbang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebaikkan kepada anda semua. Semoga program ini akan berterusan setiap tahun.

PROGRAM HARI KELUARGA

Program ini dirancang dan dilaksanakan khusus sebagai pengenalan Yayasan Qalifa sebagai NGO yang berdaftar kepada penduduk disekitar Bukit Kapar.

Program ini diadakan di Pejabat Yayasan Qalifa dan ia bertujuan memperkenalkan Yayasan Qalifa sebagai NGO yang berdaftar dan kepada   para pemimpin, Ketua Kampung, Imam, Jawatankuasa Masjid di sekitar Bukit Kapar dan beberapa pihak yang terlibat bersama dengan program yang dilaksanakan oleh pihak yayasan sebelum ini.

PENYERAHAN BANTUAN BAKUL MAKANAN

Program ini menumpukan golongan yang memerlukan di sekitar Lembah Klang. Edaran barangan berupa bahan makanan kering seperti beras, gula, minyak, tepung, kurma serta beberapa barang keperluan asas yang lain.
Bermula di Pejabat Yayasan Qalifa di Bukit Kapar, sebahagian penerima sumbangan “Bakul Makanan” hadir untuk mengambil sumbangan tersebut, program diteruskan dengan menghantar sumbangan kepada penerima yang tidak dapat hadir.

PROGRAM GUNTING RAMBUT

Musim persekolahan baharu bakal membuka tirai tidak lama lagi. Keceriaan dan kegembiraan jelas terpancar pada riak wajah bagi yang akan memasuki alam baharu, iaitu alam persekolahan, pastinya persediaan sedang giat dilakukan oleh ibu bapa. Namun, tidak semua yang bernasib baik dalam menyediakan kelengkapan kepada anak-anak yang ingin memulakan persekolahan baharu.

Yayasan Qalifa mengambil inisiatif bagi meringankan beban mereka itu melalui Program Gunting Rambut Percuma bagi kawasan bukit kapar.

Scroll to Top