“Kotak Ramadhan” ini walaupun tidak banyak barangan didalamnya namun sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan sebahagian masaalah dan meringankan sedikit bebanan kewangan mereka terutama didalam pembelian barangan bekalan makanan.
Kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan ramai yang terpaksa berlapar, mengikat perut dan makan makanan yang tidak berkhasiat demi meneruskan kelangsungan hidup dan hanya makan sekadar “ ala kadar sahaja”.
Semoga program seumpama ini menjadi saluran terbaik merapatkan perhubungan antara masyarakat setempat dan pihak yayasan .
Alhamdulillah syukur dengan izinNya.. pihak yayasan dapat menyempurnakan program ” Kotak Ramadhan” pada 16hb April 2023. Bermula di Pejabat Yayasan Qalifa di Bukit Kapar, sebahagian penerima sumbangan ” Kotak Ramadhan” hadir untuk mengambil sumbangan tersebut , program diteruskan dengan menghantar sumbangan kepada penerima yang tidak dapat hadir . Agihan di laksanakan di Bukit Kapar dan beberapa kawasan di Lembah Klang. Terima kasih kepada para penyumbang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebaikkan kepada anda semua. Semoga program ini akan berterusan setiap tahun.
















