Inisiatif penubuhan yayasan ini adalah atas dasar kesedaran akan kasihkan Allah, Agama dan juga tanah air. Perlunya kesedaran dikalangan masyarakat mengenai nilai-nilai murni dan toleransi didalam membentuk masyarakat yang harmoni serta aman damai
Kasihkan kepada Allah, Agama dan tanah air mencetuskan rasa tanggungjawab didalam membentuk kesejahteraan dan pembentukkan masyarakat tidak kira apa latarbelakang dengan meningkatkan taraf hidup masyarakat dan belia yang kurang berkemampuan serta bermasaalah dengan menyediakan laluan bagi mereka untuk membina kerjaya serta keboleh-upayaan untuk menyara hidup secara mampan dan turut meningkatkan taraf kesihatan merekadisamping membentuk sahsiah memupuk dan menerapkan nilai-nilai murni , keagamaan , kerohanian , pendidikan dan kebudayaan.
Misi kami adalah untuk memberikan impak positif dan mampan terhadap kesejahteraan masyarakat di seluruh negara
Nama Program : PROGRAM BANTUAN BAKUL MAKANAN
Tarikh : Setiap Bulan
Tempat : Meru dan Bukit Kapar
Peserta : 40 Keluarga
Nama Program : PROGRAM KELAS ALQURAN
Tarikh : Setiap Isnin Hingga Khamis
Tempat : Bukit Kapar
Peserta : Sasaran kanak-kanak Darjah 1 – 6
Hari : Sabtu
Tarikh : 28.12.2024
Masa Jam : 8.00am
Tempat : Pejabat Yayasan Qalifa & DER'SHAH BARBERSHOP
Alhamdulillah syukur dengan izinNya.. pihak yayasan dapat menyempurnakan " PROGRAM GUNTING RAMBUT & PENYERAHAN BANTUAN BAKUL MAKANAN " pada 28.12.2024.
Seramai 50 orang kanak-kanak telah dipilih untuk mendapatkan gunting rambut secara percuma.
Program ini dianjurkan untuk meringankan sedikit bebanan ibubapa didalam perbelanjaan persediaan persekolahan untuk anak-anak mereka.
Terima kasih kepada para penyumbang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebaikkan kepada anda semua. Semoga program ini akan berterusan setiap tahun.
Hari : Sabtu
Tarikh : 26.10.2024
Masa Jam : 8.00am
Tempat : Pejabat Yayasan Qalifa
Alhamdulillah syukur dengan izinNya.. pihak yayasan dapat menyempurnakan " MAJLIS PELANCARAN KELAS AL QURAN & PENYERAHAN BANTUAN BAKUL MAKANAN " pada 26.10.2024.
Jutaan terima kasih kepada YBhg Dato' Hj Mohlis Bin Hj Jaafar , Dato' Saleh Bin Sukir serta Ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan kerana sudi hadir merasmikan serta menjayakan Program.
Terima kasih kepada para penyumbang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebaikkan kepada anda semua. Semoga program ini akan berterusan setiap tahun.
Hari : Rabu (Hari Raya Ke 3)
Tarikh : 19.06.2024
Masa Jam : 8.00am
Tempat : Pejabat Yayasan Qalifa
Alhamdulillah syukur dengan izinNya.. pihak yayasan dapat menyempurnakan " Program Agihan Daging Korban Bersama Yayasan Qalifa " pada 19.06.2024.
Proses melapah daging 2 ekor lembu dan membungkus di Pejabat Yayasan Qalifa di Bukit Kapar, sebahagian penerima sumbangan "Daging Korban" hadir untuk mengambil daging , program diteruskan dengan menghantar daging korban kepada penerima yang tidak dapat hadir . Agihan di laksanakan di Bukit Kapar.
Terima kasih kepada para penyumbang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebaikkan kepada anda semua. Semoga program ini akan berterusan setiap tahun.
Alhamdulillah syukur dengan izinNya.. pihak yayasan dapat menyempurnakan program " Kotak Ramadhan" pada 16hb April 2023. Bermula di Pejabat Yayasan Qalifa di Bukit Kapar, sebahagian penerima sumbangan " Kotak Ramadhan" hadir untuk mengambil sumbangan tersebut , program diteruskan dengan menghantar sumbangan kepada penerima yang tidak dapat hadir . Agihan di laksanakan di Bukit Kapar dan beberapa kawasan di Lembah Klang. Terima kasih kepada para penyumbang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebaikkan kepada anda semua. Semoga program ini akan berterusan setiap tahun.
Sekitar Majlis perasmian Program Khatan yang dianjurkan oleh Yayasan Qalifa dengan kerjasama Hospital Al Sultan Abdullah dan sekolah Kebangsaan Bukit Kapar.. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar seramai 40 peserta telah didaftarkan untuk program ini yang terdiri daripada keluarga asnaf dan juga golongan yang kurang berkemampuan.. Terima kasih kepada para penyumbang semoga sumbangan anda semua menjadi saham di akhirat kelak.
Inisiatif penubuhan yayasan ini adalah atas dasar kesedaran akan kasihkan Allah, Agama dan juga tanah air. Perlunya kesedaran dikalangan masyarakat mengenai nilai-nilai murni dan toleransi didalam membentuk masyarakat yang harmoni serta aman damai